Welcome to Tahu Ilmu

Followers


Kenapa matahari terbenam berwarna merah jingga?


Tepi pantai adalah tempat yang menjadi "favorite spot" untuk keluarga bersantai atau melakukan riadah bersama-sama. Antara aktiviti-aktiviti yang selalu dilakukan ialah menyaksikan matahari terbenam. Suasana matahari terbenam adalah sangat cantik dengan langit yang berwarna merah jingga yang dikatakan romantis oleh para kekasih. Tahukah anda kenapa langit akan berwarna merah jingga dan menimbulkan suasana yang romantis itu tadi. Setiap perkara harus ada penjelasannya. 

Sebenarnya zarah-zarah kecil yang terapung di permukaan atmosfera dan molekul gas menyebabkan sinaran dari matahari terpisah kepada panjang gelombang masing-masing. Ini dinamakan "Rayleigh Scattering" atau dalam bahasa melayunya Selerakan Rayleigh. Gelombang cahaya yang lebih pendek iaitu biru akan diselerakkan lebih dari gelombang warna yang lain pada waktu tengah hari. Oleh itu langit akan semakin biru apabila semakin jauh matahari kelihatan. Pada waktu senja pula langit akan kelihatan merah jingga kerana gelombang cahaya yang berwarna biru tadi di selerakkan paling sedikit.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...