Welcome to Tahu Ilmu

Followers


Berapa lamakah otak boleh hidup di luar badan?

Tahu Ilmu juga akan membincangkan topik-topik biologi yang berkaitan dengan tubuh badan manusia supaya kita lebih faham mengenai fungsi sebenar tubuh badan. Komponen asas yang paling penting di dalam tubuh badan adalah di bahagian otak. Tahukah anda berapa lama otak boleh berada di luar badan? 

Metabolisma asas untuk otak vertebrata(makhluk bertulang belakang) ialah oksigen dan glukosa. Oksigen boleh dibekalkan ke otak melalui saluran darah  yang disambungkan dengan bekalan darah tiruan atau dengan merendam otak tersebut di dalam bendalir cerebrospinal tiruan yang mengandungi oksigen. Eksperimen telah dilakukan ke atas otak tikus belanda, anjing dan monyet dan telah di dapati bahawa otak tersebut boleh hidup selama beberapa jam dan boleh mencecah sehingga beberapa hari. Cuma masih belum ada cara untuk menyambungkan kembali urat spinal ke badan. Oleh itu masih belum dapat dipastikan sama ada otak tadi masih sedar dan berfungsi sepenuhnya.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...