Welcome to Tahu Ilmu

Followers


Bolehkah otak melakukan pelbagai aktiviti pada satu masa?


Kita selalu belajar sambil dengar muzik. Ada sesetengah orang berpendapat bahawa cara ini lebih effektif dan senang untuk mengingat apa yang dipelajari. Betulkah teori ini? Menurut kajian yang di lakukan di Amerika Syarikat yang diterbitkan pada tahun lepas mendapati bahawa manusia(kebanyakannya remaja) yang mendapati dia boleh melakukan pelbagai aktiviti dalam satu masa contohnya membalas emel, mendengar muzik dan bercakap  sekaligus dalam satu masa adalah tidak tepat dan hanya memperbodohkan diri sendiri. Menurut kajian otak terpaksa berhempas pulas untuk melakukan pelbagai aktiviti dalam keadaan sedar. 

Manakala kajian yang dilakukan oleh pengakaji daripada perancis pula yang membabitkan scan otak yang dijalankan ke atas sukarelawan mendapati perkara tersebut tidak mungkin terjadi. Apabila sukarelawan tersebut disuruh untuk melakukan dua tugas, setiap setengah bahagian  otak berkongsi bebanan tugas tadi. Tetapi apabila disuruh untuk melakukan tiga tugas, otak akan berhempas pulas untuk melakukan proses yang dikenali sebagai "membahagi dan mengatasi". Oleh itu hanya tugas yang paling dominan akan diproses oleh otak. 

Rasanya kalo korang nak buat "multitasking" ni kalo dua tugas boleh la kot. Tapi untuk lebih dari 3 tugas dah membebankan otak. Botak kepala korang nanti. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...