Gambar seorang askar(gambar) Perang Dunia Pertama yang tercedera di bahagian mata menjadi orang pertama yang menjalani pembedahan plastik. Beliau adalah Walter Yeo yang tercedera akibat matanya terkena bahan bakar.
sebelum operasi plastik
setelah operasi plastik
Gambar yang cukup mengejutkan ini diyakini sebagai gambar pembedahan plastik yang pertama sekali dilakukan di dunia. Usia gambar tersebut dikhabarkan telah berusia hampir 90 tahun.
Gambar- gambar tersebut yang beredar menunjukkan Walter sebelum dan sesudah Sir Harold Gillies, seorang ahli dari New Zealand, melakukan pembedahan mencantumkan kulit untuk pertama kalinya, pada tahun 1917 di Plymouth, Britain. Foto tersebut dikemukan kepada orang ramai oleh seorang seniman bernama Paddy Hartley, yang ingin mencari keturunan atau sanak saudara Walter.
Agak "scary mary" gambar-gambar ni kan. Buat pembedahan plastik ni boleh sekiranya untuk menutup aib akibat tercedera ke terkena acid ke. Tapi kalau macam gambar di atas ni macam kalau tak buat pembedahan pun lagi ok. :)